Mesti ada antara kita-kita ni yang selalu sangat kena serangan sakit kepala kan? Kalau korang nak tahu, sakit kepala merupakan satu penyakit ringan dan biasa bagi kita. Namun, sakit kepala boleh menjejaskan kerja dan mood seharian kita. Nak buat apa pun tak boleh. Rasa macam nak baring , tidur je kan? Penyakit ringan sebegini kalau tidak diubati, boleh menjadi semakin serius. Disini saya ingin menerangkan beberapa jenis sakit kepala serta ciri-cirinya, faktor yang menyebabkan sakit kepala dan cara penjagaan diri untuk menyembuh serta mengelakkan sakit kepala.
Cepat-cepat sediakan pen dan kertas kotor :)
Jenis-jenis sakit kepala da ciri-cirinya:
1) Tegang di belakang kepala
- Sakit kepala seperti ini berlaku di bahagian belakang kepala serta leher dan biasanya berlaku pada kedua belah kepala.
- Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari atau beberapa minggu jika tidak diubati dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Tahap keseriusannya berubah-ubah.
- Sakit kepala jenis ini menyerang tidak kira masa dan biasa dialami oleh kita.
2) Sakit kepala migrain
- Sakit kepala jenis ini berlaku apabila salur darah dikepala menutup dengan ketat atau membuka terlalu luas.
- Sakit dirasai sebelah bahagian kepala sahaja pada satu-satu masa tetapi mungkin merebak keseluruhan kepala.
- Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan - lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.
- Sakit akan menjadi lebih teruk dengan tekanan(stress), pengambilan alkohol atau dengan pengambilan makanan seperti coklat.
- Biasanya disertai loya dan muntah-muntah.
- Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini.
3) Sakit kepala bertumpu
- Sakit jenis ini biasanya berlaku pada lelaki pertengahan umur serta migrain ringan selalu berlaku pada wanita.
- Sakit hanya tertumpu pada satu bahagian kepala biasanya dibelakang mata dan berlaku pada mata yang sama.
- Sakit menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda.
- Sakit ini boleh menyerang sewaktu tidur dan menyebabkan kita terbangun. Biasanya berlaku pada waktu yang sama setiap kali mendapat serangan.
- Sakit mungkin disebabkan oleh hidung tersumbat dan mata yang berair.
4) Keradangan sinus
- Sakit biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema teruk, terutamanya jika berlaku lelehan mukus yang berlebihan.
- Sakit biasanya tertumpu pada satu bahagian muka atau kepala dan menyerang dalam masa yang singkat.
Faktor -faktor yang menyebabkan sakit kepala:
- Demam selsema
- Terlalu sedikit atau telebih tidur
- Makanan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, daging yang telah diawet dan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(mi segera)
- Cedera di kepala.
- Terdapat jangkitan pada kepala atau leher
- Keracunan makanan
- Kesan sampingan daripada ubat-ubatan
- Perubahan hormon pada wanita (PMS)
- Stress
Cara mengelakkan daripada mendapat sakit kepala:
- Cari punca sakit kepala dan cuba elakkannya
- Elakkan makanan atau minuman yang boleh menyebabkan sakit kepala
- Minta tolong rakan-rakan mengurut otot yang tegang
- Makan ubat tahan sakit kepala seperti paracetamol, mefenamic acid, ibuprofen atau aspirin.
- Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas dalam-dalam dengan perlahan.
- Tutup mata dengan tuala basah.
Sakit kepala mungkin perkara yang ringan bagi kita, tetapi sakit kepala yang kerap mungkin petanda bagi sesuatu masalah kesihatan yang lebih serius, malah, sakit kepala yang ringan juga boleh mengakibatkan timbulnya masalah kepala yang lebih serius seperti alzheimer(nyanyuk) jika tidak dielakkan atau diubati.
pesanan penaja: Utamakan kesihatan anda dan keluarga :)






