Bercerita tentang Antibiotik

Sunday, 11 December 2011
Macam mana antibiotik beroperasi dalam badan kita?


Well, secara asasnya Antibiotik adalah ubat-ubatan yang digunakan dalam rawatan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Mereka bekerja dengan membunuh bakteria dan/atau menghalang pertumbuhan mereka.Terdapat banyak jenis antibiotik dan masing-masing boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan.

Aaaa.. Macam mana nak ambil antibiotik ni?


Antibiotik yang disarankan oleh doktor adalah untuk 
jangkitan semasa sahaja. Sangat penting untuk ikut arahan ubat-ubatan yang ditetapkan. Antibiotik biasanya diberikan untuk tempoh masa yang tertentu (7-10 hari, misalnya) yang diambil pada sela masa tertentu (setiap 4, 6, 8 atau 12 jam). 

Ini adalah perlu untuk mengekalkan jumlah yang betul ubat-ubatan dalam aliran darah. Terlalu banyak ubat-ubatan boleh menyebabkan tindak balas yang buruk, terlalu sedikit mungkin tidak sepenuhnya berkesan. Take note ya. Sesetengah ubat ada arahan khusus untuk mengambilnya sama ada sebelum, selepas atau semasa makan. Untuk fahaman yang lebih berkesan silalah berjumpa ahli farmasi atau doktor. Jangan pandai-pandai korang sendiri je.

Kalau rasa macam dah sihat selepas beberapa hari, boleh tak berhenti ambil antibiotik?

Untuk mengosongkan jangkitan korang sepenuhnya, teruskan mengambil antibiotik untuk sepenuh masa rawatan, walaupun korang dah mula rasa lebih sihat selepas beberapa hari. Ini adalah penting terutamanya dengan jangkitan "strep", kerana masalah jantung yang serius boleh berlaku sekiranya jangkitan  belum benar-benar dibersihkan. Lagi satu, kalau korang berhenti ambil ubat terlalu awal, tanda-tanda lama boleh kembali.

Apa nak buat eh kalau terlepas dos antibiotik?

Tak berdosa pun sebenarnya. It just that kalau rasa macam terlepas dos antibiotik, ambil secepat mungkin. Lepastu balik kepada jadual dos biasa korang. However, don’t double up doses! 


Boleh tak kalau nak guna preskripsi lama atau pinjam antibiotik member I?

Jangan! Jangan sekali-kali korang memandai memulakan apa-apa rawatan perubatan sehingga korang dinilai oleh doktor. Preskripsi lama atau yang dipinjam daripada member-member mungkin tidak sesuai untuk masalah korang sekarang. Ubat member korang juga boleh menyebabkan reaksi alahan apabila dicampur dengan ubat-ubatan lain.



Anyhow , itulah antara soalan-soalan yang menjadi persoalan kepada orang-orang di luar sana. Antibiotik sebenarnya telah lama digunakan dalam bidang kesihatan dan banyak antibiotik baru yang dihasilkan untuk mengawal bakteria yang mengalami evolusi serta resistant kepada antibiotik yang sedia ada.

Masih ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa kita tidak boleh memakan sebarang antibiotik sesuka hati sebab bakteria boleh bermutasi dan menjadi kebal kepada antibiotik tersebut. Selain itu, penyakit masih tidak sembuh kerana antibiotik mempunyai kelasnya tersendiri dan akan melawan bakteria dalam kelasnya sahaja.

Mari belajar kelas-kelas antibiotic mengikut spektrum:

1)   Spectrum kecil   
-      Antibiotic dari kelas ini cuma boleh bunuh kelas bakteria yang kecil dan tidak boleh digunakan sebarangan. Ianya digunakan oleh doktor sekiranya jenis bakteria belum ditentukan dan pesakit memerlukan rawatan segera.

2)   Spektrum luas
-      Antibiotik dari kelas ini mempunyai kebolehan untuk membunuh bakteria dalam kelas yang besar. Ianya digunakan oleh doktor sekiranya jenis bakteria belum ditentukan dan pesakit memerlukan rawatan segera. Antibiotik dari kelas ini mudah untuk resistant dan membunuh bakteria baik dalam badan serta menyebabkan berlakunya jangkitan kulat pada badan.

3)   Single spectrum
-      Antibiotik dari kelas ini hanya membunuh beberapa jenis bakteria yang khas. Ianya digunakan oleh doktor sekiranya jenis bakteria telah ditentukan oleh makmal. Antibiotik dari kelas ini sangat berkesan.

Daripada pengkelasan tadi, dapatlah kita simpulkan bahawa semua antibiotik adalah tidak sama dan perlu berhati-hati sekiranya mahu menggunakannya. Penggunaan antibiotik yang kerap akan menyebabkan superinfeksi atau bakteria tersebut berevolusi dan antibiotik tidak dapat memberikan kesan kepadanya. 

Hospital awam mempunyai polisi untuk memberikan antibiotik kepada pesakit dan tidak sewenang-wenangnya memberikan antibiotik jika tidak diperlukan seperti sebahagian pihak swasta yang hanya mengejar keuntungan. Kalau doktor anda menyarankan anda mengambil antibiotik, anda perlu patuh dan menghabiskan antibiotik pada waktu yang ditetapkan untuk mengelakkan masalah yang lebih besar pada badan anda. Jangan bantah ye :)

0 comments:

Post a Comment